Wednesday, August 10, 2011

gamBaran HARI kiAMAT

salam u all.. kali ni aku punya entry pasai keagamaan sikit.. aku nak story pasai hari kiamat kat ampa semua.. dulu time p sekolah mesti ustaz or ustazah penah story kat kitakan pasai kiamat ni.. ingat dak lagi?? so kali ni aku nak remind balik la apa yang ampa dah penah belajaq tu.. hari kiamat ni memang satu perkara yang pasti+harus berlaku.. kita as a hamba Allah kena la bersedia sebab kita tak tau bila kiamat ni nak berlaku.. semua gambaran2 hari kiamat dah tertulis dalam al-Quran.. jom kita baca apa gambaran2 tu.. 
     
Gambaran Hari Kiamat...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
 
semua point di atas jelas tentang gambaran hari kiamat.. jangan risau,ni bukan ajaran sesat.. semua ni di rujuk dari Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
nota dak tecik :) Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, August 9, 2011

pimpinlah wanita dengan kasih sayang

salam n hyep..today punya entry pasai lelaki n wanita.. sapa la lelaki tanpa wanita kan?? sehebat2 lelaki tapi akhirnya tunjuk gak dengan insan yang bernama wanita ni.. nak tau dak macam mana?? haa,,mai kita pakat baca..

 Jangankan lelaki biasa,Nabi pun rasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita,hati,fikiran,perasaan lelaki akan resah. Masih m'cari walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tak ada d'syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukn Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki m'manggil ibu,isteri,atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk d'luruskan oleh lelaki, tetapi klu lelaki sndri yang tak lurus,tak mungkin mereka mampu untuk m'lruskn wanita. Luruskanlah wanita dengan petunjukNya kerana meraka d'cipta begitu rupa dari tubuh lelaki. Jangan cuba jinakkan merrka dengan k'mewahan,nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,nanti mereka semakin m'derita. Yang sementara itu tak kan m'nyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah,d'situlah kuncinya.  Bisikkan ke telinga mereka bahawa k'lembutan bukan suatu k'lemahan kerana rahim wanita yang lembut itulah yang m'ngandungkn lelaki2 b'wajah negarawan,karyawan,hartawan,jutawan,dan wan2 lain... tak kan lahir superman tanpa superwoman..Hari ini lebih banyak lelaki yang d'rosakkan oleh wanita daripada wanita yang d'rosakkan oleh lelaki. Sebodoh2 wanita pun boleh m'nundukkan s'pandai2 lelaki.. Kini bukan saja banyak bos telah kehilangan setiausaha,bahkan anak pun akan kehilangan ibu,suami akan kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka,dunia akan huru hara. Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung hati dan limpa. Para lelaki pula janganlah m'harapkan ketaatan tapi binalah kepimpinan diri. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ALLAh,pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNYA, jinakkan diri sndri dengan Allah nescaya jinaklah segala2nya...

apa macam?? dah nampak apa yang tersurat n tersirat tu??haaa,,rahsianya lelaki kena la ada ilmu.. kalau tak da ilmu memang senang ja kena pijak.. so,kepada lelaki2 sekalian,pimpinlah wanita dengan ilmu yang ampa ada.. luruskan dia ke jalan yang benar..

pesanan dak tecik :) before nak perbetoikan orang,kita kena la betoikan diri kita dulu..baru orang hormat kita..betoi dak???angguk cepat!(paksa ni)hihihi

Monday, August 8, 2011

prOpErtiEs oF cik.sns&mr.Aliudin

salam n hye to u all semua(bajet mcm ramai ja yag nak baca).. untuk entry kali ni aku nak story pasai harta2 aku dengan si mamat yang kurang comel tu(mr.Aliudin).. kalau dah nama couple tu mesti la nak benda2 yang kita ada sama dengan si dia kan?? sama la macam aku dengan mr.Aliudin.. sepanjang kami couple ni banyak jugak la 'harta sepencarian' kami berdua.. apa yang kami nak beli mesti kena beli sepasang.. kalau tak beli sepasang memang ada yang merajuk la(mr.Aliudin la tu).. harta kami yang paling latest adalah nokia E5.. aku punya kaler putih n mr.Aliudin plak kaler kelabu yang tak cantik tu..



properties of cik.sns&mr.Aliudin

sebenarnya aku beli henset ni awal dari mr.Aliudin.. kalau tak nak beli sekali tapi atas sebab2 yang tak dapat di elakkan aku beli sorang2.. tapi after beberapa hari dia pun beli jgak henset yang sama dengan aku dekat langkawi.. mr.Aliudin punya pasal la nie,dia beriya sangat nak beli henset yang sama.. sampai gado2 la pasai henset tu.. last2 mr.Aliudin yang decide nak beli henset yang sama(semua nak menang dekat dia).. heee.. mula2 aku ingatkan dia just melawak jea.. tak sangka plak last2 memang dia beli jugak henset tu.. dia ni jenis kalau apa yang dia cakap,tu la yang dia buat.. kata la pa pun mesti takkan berubah dari niat asai dia tu(ketegaq).. kalau time aku mesti tak boleh,pantang buat silap mesti kena potpet 24jam(tak cukup 24jam,sambung plak esok).. kami da gantung keychain kat tepi henset.. first keychain kami bear DOMO.. punya la susah nak beli keychain ni.. last2 p aneka at jitra teros beli,tu pun lepas tak tau nak pilih yang mana dah.. tapi sekarang ni domo kami tengah nazak.. domo mr.Aliudin putus time hari first lagi.. dia kata aku yang bersalah.. nak tegaskan disini, 'SY TAK BERSALAH LANGSUNG..DOMO KAMU TU YANG CACAT SEBAB TU SENANG PUTUS'.. domo aku plak sekarang ni dah putus sebelah tangan.. time aku tunjuk kat mr.Aliudin dia gelak ja.. mesti dalam kepala dia dok kata kat aku(dia jenis suka kata kat aku).. lepas semua tu jadi,mr.Aliudin terus decide beli kat kami keychain besi plak.. sampai sekarang tak putus2 lagi,,hihihi...

domo aku yang dah putus sebelah tangan

lagi satu harta kami ialah notebook acer.. sebenaqnya notebook tu mr.Aliudin punya tapi disebabkan aku 'bini' dia so aku yang menguasai notebook tu(bukan boleh harap sangat,nanti dok simpan gambaq girl laen plak dalam tu).. aku namakan notebook tu 'BABY..BUN' macam aku panggil kat mr.Aliudin.. dalam notebook ni banyak gambaq2 kami n gambaq2 aku(baik letak gambaq aku dari gambaq girl lain)..
  
notebook kami
pesanan dak tecik :) jangan pilih lelaki kerana harta.. tapi kalau boleh nak yang berharta la kan??hihihi

Saturday, August 6, 2011

aku,dia & KAMU..

assalamualaikum n salam sejahtera... untuk post kali ni aku nak story pasai siblings(membe2 rapat yang aku anggap macam adik beradik) at ptss.. siblings aku ni ada 3orang.. yang first tehah,second sue n third lyn...

                                                    

   
depa ni dah macam2 adik beradik aku.. apa ja masalah semua aku story kat depa ni la.. kami ambik coursetourism management) n class pun sama(dup3).. aku dengan tehah kenai masa time orientasi.. sue plak aku kanai sebab dia roomate tehah.. n lastly aku kenai lyn sebab kami classmate.. mungkin sebab kami serasi kami jadi rapat.. depa ni semua jenis kepala merapu macam aku jugak.. senang nak melawak n tak mudah terasa... 

 start dari sem1 sampai sekarang kami always together.. kadang2 tu ada la jugak gadoh tapi tak la serius sangat.. besa laaa,,salah paham sikit pastu masing2 nak tunjuk ego.. kalau bab assigment plak,,kami mesti nak group yang sama,kalau boleh tak mau pisah.. cerita bab assignment ni yang seronok(macam2 jadi bila kami buat assignment).. selalunya time2 buat assingment ni la nak gadoh pun.. lain pendapat n lain pahaman tu yang buatkan kami gadoh.. besanya gadoh tak lama..



kalau malam gadoh,esok pagi dah ok balik.. macam tu adik beradik,bak kata pepatah "air dicincang takkan putus".. kami pun lebih kurang macam peribahasa tu laa even lain mak ayah tapi kami ni dah macam adik beradik.. pagi2 p n balik class sekali then dok blok n aras yang sama.. semuanya buat sama2.. aku memang sayang gila2 kat depa ni.. depa la kawan aku,depa la adik beradik aku..


sweet tak kami..? heee

Friday, August 5, 2011

raMAdHAn BuLaN mULia

alhamdulillah.. pejam celik2x dh masuk 5hari kita posa.. sat ja kan rasa nak raya dah?? bila sebut pasai raya mula la pikiaq persiapan raya.. padahal posa pn tak penuh(ni girl punya masalah k)... time2  macam ni dah start dok pikiaq nak beli baju raya kaler apa.. paling best bila baju raya sedondon dengan BF.. kalau boleh time nak p beli baju tu nak p beli sekali.. kalau tak p beli sekali pun,mesti janji awai2 nak beli kaler apa.. situasi kat rumah plak,mak2 kita sibuk dok pujuk ayah nak tukaq perabut baru,langsir baru n kalau boleh nak tukaq rumah baru... semua ni mood nak raya punya pasai la.. hmmmm,,berbalik pada cerita posa.. tahun ni aku posa kat poli lagi.. dah 2x posa kt sini,memg BEST(tipu).. tahun ni poli da buat bazar ramadhan untuk student2.. even kecik tapi dapat sambutan diluar jangkaan(satu2nya ja bazar yang ada dalam poli).. bukan muslim saja yang ada tapi non-muslim pun join sekali.. yang peliknya,depa tu plak yang sakan dok beli(macam depa plak yang posa).. habis ja clas terus p bazar dengan roomate.. baratur panjang nak beli something tu, memang perlukan kesabaran.. seronok time tu tapi lagi seronok bila p lambat tapi boleh beli awai dari orang yang beratur.. memang kena sound kaw2 la.. tapi aku jenis buat muka innoncent ja.. dah tau salah sendiri tak kan nak sound balik kan?? nanti orang kata aku tak belajar sivik plak.. kadang2 aku p bazar dengan mr.Aliudin tapi tak best bila p dengan dia(kena larang bila nak beli macam2).. ada la 1hari tu,,tengah dok syok2 pilih bahan2 yong tau fu,tiba2 dapat mesej dari dia.. dia kata "beli ikut perut jangan ikut nafsu".. terus aku tersentap! aku tau dia bukan saja2 nak larang macam tu,mesti ada sebab kan(aku ni jenis suka makan tak habis,dia plak tukang habiskan).. lepas beli juadah,,kami terus p cafe tunggu time nk berbuka.. best sangat bila boleh berbuka sekali.. sebelum masuk waktu tu,,sempat la sembang2 n gado2 manja(hihihi,gedik kan).. lepas tu buat spotcheck 'henset kapel' kami..(saja nak bagi tau kami ada henset sama even henset mr.Aliudin dh buruk).. bila dah masuk waktu,mr.Aliudin yang baca doa berbuka then dia cepat2 minum alasan dahaga sangat(macam dia sorang ja yang posa).. after dah habis makan, dia mesti hantar aku balik blok(depan blok ja,jangan salah paham).. jalan sama2,merapu,lari2 then gelak2.. tu la aktiviti kami bila jumpa.. heeee,,sampai sini dulu cerita hari ni.. time tu go to bazar with mr.Aliudin.. hari ni berbuka dengan dia lagi.. jangan jeles k :)


pesanan dak tecik :) bulan Ramadhan bulan mulia so jgn tiru macam kami.. 

4 perkara yang perlu ingat
  • mr.Aliudin sayang & cinta cik.Sns
  • apa yang jadi mr.Aliudin still cinta cik.Sns
  • cinta mr.Aliudin hilang bila dia dah tutup mata
  • and the last is cik.Sns the only one in mr.Aliudin life

                                                                                                                                 create by : mr.Aliudin

thE BegiNning of mr.AAA/cikSNS



first keluaq tapi bukan first date




perkenalan singkat melalui FB.. even ada niat jahat pada mulanya tapi at last jadi someone yag special in my life.. saban hari berMESEJ & CALLING MALLING.. dari panggilan besa bertukaq manja2(gedik).. caring,understanding,loving buat kami makin dekat & rapat.. hati pun dah start dupdap2x.. niat asai pun dah terbang melayang entah p mana & terus terdelete dari memory akai(hebat sungguh penangan si mamat ni).. start dari situ aku dah sedar aku dah jatuh C.I.N.T.A.. _-AHMAD AFIF ALIUDIN-.. that's name.. mamat yang sangat2 bertanggungjawab atas semua yang jadi (ayat macam kena rogol ja).. gila dok pikiaq pasai dia.. & lagi gila bila dah jadi hak milik kekal dia.. apa2 pun,hope relation kami still sampai bila2.. alang2 dah sayang biaq sampai jadi..insyaALLAH