Thursday, December 29, 2011

LEpas Gian

hyep all.. ampa semua mesti dah layan kan macam2 movie yang kat pawagam tu?? aku dah lama tak pi pawagam.. last pi pun time kat langkawi tengok cita alamak toyol sebab dah boring tak tau nak buat apa..pas tu mr.Aliudin busy training hoki so tak da time nak pi tengok dah.. semalam kami dok plan nak pi lepas gian tengok wayang, nak terjah bantai ja movie apa yang ada janji boleh spend time together2.. then dok plan nak pi Tambun weekend ni.. bukan pi berdua tapi beramai2.. dah lama tak keluaq dengan mr.Aliudin.. maybe dekat 3minggu kot sebab tu kami asyik gado ja.. kangan bangat sama dia,sumpah! 

nota dak tecik :) macam2 dah plan utk weekend niy,, harap2 tak da yang menghalang.. tak sabaq nak tunggu weekend.. 

back TO normaL.. For u

dear mr.Aliudin..



maafkan sy for everything.. sy silap dlm menilai kasih sayang kamu.. sy banyak buat salah kat kamu sepanjang kita kenai sampai sekarang.. dah macam2kan sy buat kat kamu.. 
  • sy tau sy banyak mengongkong kamu.. kamu tau kenapa?? sebab sy nak kamu selalu ada dengan sy..
  • sy tau sy banyak menyusahkan kamu.. kamu tau kenapa?? sebab sy nk bermanja dengan kamu (sy nak kamu layan sy).. 
  • sy tau sy selalu marah2 kamu.. kamu tau kenapa?? sebab sy tak mau kamu ulang kesalahan yang sama..  
  • sy tau sy banyak sakitkan hati kamu.. kamu tau kenapa?? sebab kamu pun ada sakitkan hati sy..:p


sy tau sy banyak buat salah dengan kamu.. ada ja yang sy nak cari pasai.. semua yang kamu buat semua jadi masalah kt sy.. sy selalu bebai over tacing dengan kamu kan?? sy tau kamu dah tak larat nak layan perangai sy yang makin menjadi2 sekarang ni (ayat kamu).. apa pun yang saya dah buat kat kamu, macam mana pun perangai sy, terok mana pun saya tacing, sy still sayang kamu sampai bila2.. insyaAllah!
sy buat semua ni pun sebab sy tak mau jauh dari kamu.. sy nak kamu selalu ada,dekat dengan sy.. kamu tau sy mcm mna kan?? tak payah amek hati dengan kata2 sy.. apa yang jadi sebelum ni kita ignore kan.. yang penting sekarang kita dah back to normal n now kita juz go on wif our life.. :)

nota dak tecik :) missing u definitely.. :)(:

Wednesday, December 28, 2011

tak SABAQ!!



hye alls.. ceewwwwahhh! bajet macam follower ramai jew.. minggu ni minggu last tahun 2011.. banyak coretan suka duka untuk tahun ni.. tapi semua tu mesti ditinggalkan dan kita semua akan melangkah ke tahun baru.. tak sabar nak sambut tahun 2012.. harap2 tahun baru yang akan menjelang tak lama lagi akan jadi tahun yang sempurna dengan azam yang baru untuk diri aku.. even macam2 dah terjadi untuk tahun sebelum ni, insyaAllah aku yakin semua tu takkan berlaku lagi n aku percaya semua yang terjadi tu mengajar aku jadi lebih baek diantara yang terbaek.. 'D BEST TEACHER IS AN EXPERIENCE'.. btoii tak?? setiap orang ada buat salah n silap,,kita semua tak perfect.. n sebagai manusia biasa,, kita jangan sesuki nak 'judge' orang.. hidup ibarat roda,,tak selalu kita di atas.. apa yang aku nak kata kat sini,, kita perlukan pengalaman utk terus hidup even pengalaman tu tak best seperti yang dijangka.. 

nota dak tecik :) jom countdown new year sama2 =D

praKTikaL mood

assalamualaikum semua.. dah 2 minggu praktikal start n now aku sedang berpraktikal kat Alfarhan Travel & tours.. kat sini ada 7orang pekerja termasuk 3orang budak praktikal.. semua staf sporting ja tapiiiii bos garang sikit.. tapi aku tak kisah pun sebab dia masuk sat2 ja.. bila dia masuk opis,semua orang bz.. then time tu ar nak dengaq dia marah2.. aku pernah ar kena marah sebab tak bagi details pasai pakej kat dia.. sobs3!! adat la kena marah ngan bos kalau buat silap.. opis ni meriah kalau bos tak mai n kamu semua suka kalau bos outstation lama2.. satu yang aku suka pasai bos aku bila time dia senyum.. memang manis macam gula.. tak da niat nak bodek pun juz cakap apa yang betoii.. kat sini kerja banyak tapi masih boleh handle lagi sebab staf2 yang ada ber'experience'.. even aku niy student praktikal tapi still dilayan macam pekerja.. banyak yang dah buat kat sini.. (e.g: quotation n itinerary utk trip Bandung, pakej umrah n etc).. pagi2 masuk keja teros buka email syarikat n ber'facebooking'.. rasanya kalau PC kat sini ada webcam mesti dah lama dok video call ngan mr.Aliudin.. selalunya awai2 pagi mesti dok kalut maen 'fb' then bila bos mai terus banyak keja.. ada ja yang dia quotation yang dia nak tengok.. btw aku hepi sangat dapat praktikal kat sini.. kerja pun tak teruk, cuti plak ikut cuti kerajaan n boleh on9 setiap masa.. ada lebih kurang 4bulan++ lagi nak stay kat sini harap2 semua budak2 praktikal ( mas, rozi n aku) enjoy n hepi samapi tamat L.I.. 



Wednesday, December 21, 2011

soriii


salam for all.. today nak dedicate this post for someone.. harap2 dia baca..
dak tecik says: pejam celik 2x dh 9bln lebih kita kenai.. selalu gado tapi tak seteruk malam tadi.. Btw,, i'm so sorii...sy tao sy tak sempurna even sy selalu cari kesempurnaan dalam diri sy.. sy tak secantek orang laen, tak sehebat yang kamu nak n tak sebaek malaikat.. sy bukan sapa2.. i'm juz CT NURSOFEA.. maybe silap sy jugak sebab terlampau direct macam tu. sy jz manusia biasa yg ada hati n perasaan.. semua orang pernah buat salah tapi takkan ulang kesalahan yang sama sampai berkali2.. sekali mungkin tak sengaja, dua kali mungkin kebetulan, tiga kali mungkin tak dapat dielakkan n kalau dah berkali2 macam mana pulak?? dah banyak kali sy tegur kamu.. tapi still buat kesalahan yang sama.. sabaq sy pun ada had jugak.. sampai bila nak gado benda yang sama? sy dah borink(bkn dgn kamu).. now pilihan kat tangan kamu.. buat laa apa yang kamu rasa terbaek utk kita.. sy pun ada buat salah kat kamu sepanjang kita kenai so saya mintak sorii for everything. saya tak mampu jauh dari kamu tapi semua ni juz bersifat sementara. mungkin kita lebih sedaq sapa kita pada hati masing2.. saya tak mau kita sakit hati lagi.. biaq semua ni jadi pengajaran.. takkan ada apa yang berubah selepas ni.. semua macam biasa cuma no call n msg lagi buat sementara waktu.. i need time for myself.. sy takkan abaikan kamu. sumpah!janji tetap janji.. :)


                    salam sayang : cikSNS

hanYA mamPU bERdoa

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhbya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan..
Yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..

Amin.. Amin.. Ya rabbal 'aalamin...


nota dak tecik :) aku mahukan yg terbaek utk kita berdua...... 

Monday, December 19, 2011

my Results!!

selamat sejahtera n salam 1malaysia to all.. today nk story pasai result final aku.. cuba teka aku dpt brapa?? heeee.. tak gempak pn tp boley laa utk dibangga2kan..(saja nak riak sikit!)..  
aku egt lagi time nak jawab final hari tu.. memang tak confident langsung.. dah la subjek KILLER.. study pn 2days before final.. try ampa bayangkan macam mana kalutnya nak study 7topic?? memang kalut sangat2.. after dah abes jawab final pun still takot lagi.. takot sebab  nak check result laa plak kali ni.. bukan aku sorang ja takot tapi satu class pakat2 dok takot.. masing2 jenis malas study pastu tak paham plak apa yang dok belajaq.. 12/12/2011-tarikh keramat(dah boleh check result).. Alhamdulillah! semuanya lulus.. tapi pointer dirahsiakan disini.. apa2 pun aku bersyukur sangat2 sebab tak payah nak carry paper utk sem depan..


nota dak tecik :) thanx to my lect(En.LAW) sebab bagi aku lulus !!

Monday, December 12, 2011

nak bELi apa ERk??

     Assalamualaikum, salam sejahtera n salam 1Malaysia. Untuk post kali ini berkaitan dengan my sayang,, sapa lagi kalau bukan mr.Aliudin. Dah lama kan tak cerita pasai budak yang sorang niy?? Disember15 nanti dia pnya  besday so sekarang ni aku dah pening kepala dok pikir besday gift untuk dia. Seriously, aku memang lemah failed bab2 hadiah..
      Tahun ni first time aku nak celebrate besday dia. Tapi yang tak bestnya, dia plak tak da kat sini sebab ada hoki game kat johor. Ni pun dah lama tak jumpa, lebih kurang 3minggu kot.. Lama kan?? Papown, aku still get ready untuk celebrate even lambat dua tiga hari. 


     Untuk besday cake memang aku expert. Awai2 lagi dah design n siap d tempah.. 

Cuma untuk besday gift yang belum prepare. Tak tau nak beli apa.. Dia ada mintak kereta control (macam2 budak betoi la dia ni) tapi tak best ar plak nak beli hadiahh yang macam tu. 
     Kalau boleh nak something yang tak kan luput d mamah waktu, tak kan rosak walaupun bertahun2 n dia boleh tau isi hati aku melalui something tu. Apa dia erk?? Nak kena pikir lagi ni. someone please help me!!
C u'olls at new post.. bubye!! 

pATot kE??

      Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Hari ni seharian di majlis perkahwinan my cousin. Letih sangat tapi disebabkan idea yg datang mencurah-curah so aku kembali menulis di sini. Majlis ccousin aku tu meriah sangat2. Ramai jemputan yang datang. Pengantin plak sama cantik n sama padan bagai pinang dibelah dua. Jelous ja tengok depa berpandang-pandangan  bersanding atas pelamin tadi. Time makan beradab plak siap bersuap-suapan,, manja gitu..  Ahhhhh! Aku tak suka jelous.. Tapi post aku kali ni bukan nak story pasai depa bukan jugaak pasai majlis depa tapiiiiii nk story pasai trend majlis perkahwinan zaman sekarang… 
       Aku percaya setiap orang tak kira boy or girl mesti ada impian perkahwinan kan?? Muhong sangat la kalau tak pernah terpikir pasai perkahwinan ni.  As a girl, aku excited  sangat bila tengok rancangan2 yang berkaitan dengan wedding. Pas tu aku selalu tengok selebriti punya wedding. Tapi aku tak mau la buat wedding of the year macam depa tu. Majlis punya la gah, at d last bercerai berai..
        Apa salahnya kalau buat majlis yang simple, tak perlu bajet yang banyak pun.. just buat  yg wajib asalkan  tak perlu nk buat loan bank semata-mata nk menunjuk dekat orang. Ada yang kata biar meriah sebab kahwin hanya sekali seumur hidup. Betul ka kenyataan tu? Apa yang aku dengar n baca kat paper skrng ni lain dari tu. Tengok saja la artis2 malaysia,, buat majlis bagai nak rak tapi last skali bercerai. Then keluaq plak kat paper pasai hutang majlis kahwin depa tu belum langsai. Apa cer suma tu???
      Selalunya pihak lelaki tak la terlampau demand pasai majlis2 ni.. depa ni kalau boleh just nak buat majlis utk akad nikah ja. Betoi tak lelaki?? Yang jadi masalah sekarang ni adalah PEREMPUAN. Depa ni (termasuk aku) pulun sangat over demand sangat. Tak pikir langsung simpanan untuk life dalam rumah tangga. Maaf la kalau aku terkecikkan hati perempuan tapi memang betoi apa yang tertulis di sini.
Aku pernah bersembang dengan beberapa orang perempuan tentang impian utk majlis perkahwinan masing2  tapi apa yang aku dapat buat conclusion , memang depa ni over demand utk majlis depa. Kononnya nak buat ala2 fairytale la, bajet king n queen la, n etc. tak padan degan depa!!
      Bagi aku dahulukan yang wajib then buat majlis yang simple but nice. Si bakal suami pun tak payah nak pening2 kepala pikir mana nak cari duit. Aku just try memahami insan yang bernama  lelaki. Kalau bakal suami tu memang di lahirkan dalam keluarga jutawan or hartawan tak salah nak buat majlis  ala2 wedding of the year. Tapi kalau yang tergolong dalam golongan yang sederhana tu tak payah la nak buat yang gah sangat.  






pesanan dak tecik :) Seluk poket buka dompet dulu la! N jangan sampai buat loan sbb nak kahwin.     Nak pinjam senang tapi nak bayaq tu susah sangat . Takut nanti cucu mintak duet raya pun tak boleh nak bagi sebab loan tak abes bayaq.  UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI..  Pikir2 kan…..

Wednesday, November 30, 2011

peRINGAtAN!!

salam utk semua sahabat yg membaca.. dah lama blog ni terbiar kesepian.. baru malam ni terfikir nak menulis selepas membaca beberapa artikel.. utk pengetahuan ampa,,aku selalu mencari artikel pasai kiamat n baru terjumpa artikel pasai tasik galilee.. mungkin ampa semua pelikkan kenapa aku seronok sangat cari artikel pasai kiamat ni even aku ni tak bertudung, berkapel n macam2 lagi la yg tak elok mata memandang.. seriously i told u(tercakap omputeh plak),, aku memang terlampau suka story pasai kiamat ni.. kadang2 bila dapat info terbaru mesti aku bagitau mak or mr.Aliudin.. malam ni aku berkesempatan nak bercerita kat ampa semua plak.. jom baca pasai tasik galilee ni...

   Tasik Galilee

Tasik Galilee,sebuah tasik yg dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya.Nama lain bagi tasik ni ialah:

- Lake of Gennesaret

- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Sekarang,tasik ni sudah pun kering dgn derasnya.. setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu dan proses pengeringan ni amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia utk menaikkan kembali aras air di Tasik Galilee..dalam satu hadis ada memberitahu kita semua bahawa pabila keringnya tasik ni maka akan turunnya Al-Masih Isa, perhatikanlah tasik ni sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar kiamat. maka tulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi. mengikut kajian sains,tasik ni akan kering dlm tempoh masa 50 tahun sahaja (hanya Allah yg tahu kesahihannya) dan menemui dasar permukaan bawahnya.
kejadian yg berlaku sekarang:-
- tasik galilee sdg mengering dgn derasnya.
- bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya
-bila dajjal akan keluar iu kita tak pasti, tapi semua tanda kecil n fitnah yg membolehkan dia keluar tu sudah pun wujud di sekeliling kita,betul kn???
- byk hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yg dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dlm sekitar umurnya mencecah 40 tahun
-langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita sebab lintasan tulah terjadi gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak.

takut bila baca artikel ni.. aku teros lagi cari artikel yg seterusnya sampailah aku jumpa beberapa cerita2 yg berkaitan dgn Tasik Galilee ni.. 

ingat lagi tak kita pernah dikejutkan dgn satu penemuan planet baru oleh NASA?? NASA menjangkakan planet tu akan menghentam bumi pada tahun 2012.. secara teori memang betul.. tapi kalau diikutkan dalam satu hadis (berdasarkan ulama') Planet-X adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ï·º sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet tu adalah Planet Nibiru. planet ni tidak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yg sangat kuat akan menjahanamkan semua pancaran api yg terdapat pada bumi. salah satu tanda besar kiamat adalah objek merah kelihatan di langit.. betul tak?? Planet ni hanya akan lalu di antara bumi dgn matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ni melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. bermakna,,apa saja jentera langit dan bumi asalkan yg mempunyai saluran elektrik akan dgn sendirinya tak berfungsi. contohnya satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tak akan berfungsi lagi dan kita semua mungkin akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. tu pun sekiranya kita masih hidup hasil dari peristiwa ini kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X. 

sekian lu story utk kali ni.. harap ampa semua paham apa yg tertulis dilaman blog aku ni.. bye

pesanan dak tecik :) kita dah di akhir zaman..

Wednesday, August 10, 2011

gamBaran HARI kiAMAT

salam u all.. kali ni aku punya entry pasai keagamaan sikit.. aku nak story pasai hari kiamat kat ampa semua.. dulu time p sekolah mesti ustaz or ustazah penah story kat kitakan pasai kiamat ni.. ingat dak lagi?? so kali ni aku nak remind balik la apa yang ampa dah penah belajaq tu.. hari kiamat ni memang satu perkara yang pasti+harus berlaku.. kita as a hamba Allah kena la bersedia sebab kita tak tau bila kiamat ni nak berlaku.. semua gambaran2 hari kiamat dah tertulis dalam al-Quran.. jom kita baca apa gambaran2 tu.. 
     
Gambaran Hari Kiamat...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
 
semua point di atas jelas tentang gambaran hari kiamat.. jangan risau,ni bukan ajaran sesat.. semua ni di rujuk dari Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
nota dak tecik :) Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, August 9, 2011

pimpinlah wanita dengan kasih sayang

salam n hyep..today punya entry pasai lelaki n wanita.. sapa la lelaki tanpa wanita kan?? sehebat2 lelaki tapi akhirnya tunjuk gak dengan insan yang bernama wanita ni.. nak tau dak macam mana?? haa,,mai kita pakat baca..

 Jangankan lelaki biasa,Nabi pun rasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita,hati,fikiran,perasaan lelaki akan resah. Masih m'cari walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tak ada d'syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukn Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki m'manggil ibu,isteri,atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk d'luruskan oleh lelaki, tetapi klu lelaki sndri yang tak lurus,tak mungkin mereka mampu untuk m'lruskn wanita. Luruskanlah wanita dengan petunjukNya kerana meraka d'cipta begitu rupa dari tubuh lelaki. Jangan cuba jinakkan merrka dengan k'mewahan,nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,nanti mereka semakin m'derita. Yang sementara itu tak kan m'nyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah,d'situlah kuncinya.  Bisikkan ke telinga mereka bahawa k'lembutan bukan suatu k'lemahan kerana rahim wanita yang lembut itulah yang m'ngandungkn lelaki2 b'wajah negarawan,karyawan,hartawan,jutawan,dan wan2 lain... tak kan lahir superman tanpa superwoman..Hari ini lebih banyak lelaki yang d'rosakkan oleh wanita daripada wanita yang d'rosakkan oleh lelaki. Sebodoh2 wanita pun boleh m'nundukkan s'pandai2 lelaki.. Kini bukan saja banyak bos telah kehilangan setiausaha,bahkan anak pun akan kehilangan ibu,suami akan kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka,dunia akan huru hara. Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung hati dan limpa. Para lelaki pula janganlah m'harapkan ketaatan tapi binalah kepimpinan diri. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ALLAh,pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNYA, jinakkan diri sndri dengan Allah nescaya jinaklah segala2nya...

apa macam?? dah nampak apa yang tersurat n tersirat tu??haaa,,rahsianya lelaki kena la ada ilmu.. kalau tak da ilmu memang senang ja kena pijak.. so,kepada lelaki2 sekalian,pimpinlah wanita dengan ilmu yang ampa ada.. luruskan dia ke jalan yang benar..

pesanan dak tecik :) before nak perbetoikan orang,kita kena la betoikan diri kita dulu..baru orang hormat kita..betoi dak???angguk cepat!(paksa ni)hihihi

Monday, August 8, 2011

prOpErtiEs oF cik.sns&mr.Aliudin

salam n hye to u all semua(bajet mcm ramai ja yag nak baca).. untuk entry kali ni aku nak story pasai harta2 aku dengan si mamat yang kurang comel tu(mr.Aliudin).. kalau dah nama couple tu mesti la nak benda2 yang kita ada sama dengan si dia kan?? sama la macam aku dengan mr.Aliudin.. sepanjang kami couple ni banyak jugak la 'harta sepencarian' kami berdua.. apa yang kami nak beli mesti kena beli sepasang.. kalau tak beli sepasang memang ada yang merajuk la(mr.Aliudin la tu).. harta kami yang paling latest adalah nokia E5.. aku punya kaler putih n mr.Aliudin plak kaler kelabu yang tak cantik tu..



properties of cik.sns&mr.Aliudin

sebenarnya aku beli henset ni awal dari mr.Aliudin.. kalau tak nak beli sekali tapi atas sebab2 yang tak dapat di elakkan aku beli sorang2.. tapi after beberapa hari dia pun beli jgak henset yang sama dengan aku dekat langkawi.. mr.Aliudin punya pasal la nie,dia beriya sangat nak beli henset yang sama.. sampai gado2 la pasai henset tu.. last2 mr.Aliudin yang decide nak beli henset yang sama(semua nak menang dekat dia).. heee.. mula2 aku ingatkan dia just melawak jea.. tak sangka plak last2 memang dia beli jugak henset tu.. dia ni jenis kalau apa yang dia cakap,tu la yang dia buat.. kata la pa pun mesti takkan berubah dari niat asai dia tu(ketegaq).. kalau time aku mesti tak boleh,pantang buat silap mesti kena potpet 24jam(tak cukup 24jam,sambung plak esok).. kami da gantung keychain kat tepi henset.. first keychain kami bear DOMO.. punya la susah nak beli keychain ni.. last2 p aneka at jitra teros beli,tu pun lepas tak tau nak pilih yang mana dah.. tapi sekarang ni domo kami tengah nazak.. domo mr.Aliudin putus time hari first lagi.. dia kata aku yang bersalah.. nak tegaskan disini, 'SY TAK BERSALAH LANGSUNG..DOMO KAMU TU YANG CACAT SEBAB TU SENANG PUTUS'.. domo aku plak sekarang ni dah putus sebelah tangan.. time aku tunjuk kat mr.Aliudin dia gelak ja.. mesti dalam kepala dia dok kata kat aku(dia jenis suka kata kat aku).. lepas semua tu jadi,mr.Aliudin terus decide beli kat kami keychain besi plak.. sampai sekarang tak putus2 lagi,,hihihi...

domo aku yang dah putus sebelah tangan

lagi satu harta kami ialah notebook acer.. sebenaqnya notebook tu mr.Aliudin punya tapi disebabkan aku 'bini' dia so aku yang menguasai notebook tu(bukan boleh harap sangat,nanti dok simpan gambaq girl laen plak dalam tu).. aku namakan notebook tu 'BABY..BUN' macam aku panggil kat mr.Aliudin.. dalam notebook ni banyak gambaq2 kami n gambaq2 aku(baik letak gambaq aku dari gambaq girl lain)..
  
notebook kami
pesanan dak tecik :) jangan pilih lelaki kerana harta.. tapi kalau boleh nak yang berharta la kan??hihihi

Saturday, August 6, 2011

aku,dia & KAMU..

assalamualaikum n salam sejahtera... untuk post kali ni aku nak story pasai siblings(membe2 rapat yang aku anggap macam adik beradik) at ptss.. siblings aku ni ada 3orang.. yang first tehah,second sue n third lyn...

                                                    

   
depa ni dah macam2 adik beradik aku.. apa ja masalah semua aku story kat depa ni la.. kami ambik coursetourism management) n class pun sama(dup3).. aku dengan tehah kenai masa time orientasi.. sue plak aku kanai sebab dia roomate tehah.. n lastly aku kenai lyn sebab kami classmate.. mungkin sebab kami serasi kami jadi rapat.. depa ni semua jenis kepala merapu macam aku jugak.. senang nak melawak n tak mudah terasa... 

 start dari sem1 sampai sekarang kami always together.. kadang2 tu ada la jugak gadoh tapi tak la serius sangat.. besa laaa,,salah paham sikit pastu masing2 nak tunjuk ego.. kalau bab assigment plak,,kami mesti nak group yang sama,kalau boleh tak mau pisah.. cerita bab assignment ni yang seronok(macam2 jadi bila kami buat assignment).. selalunya time2 buat assingment ni la nak gadoh pun.. lain pendapat n lain pahaman tu yang buatkan kami gadoh.. besanya gadoh tak lama..



kalau malam gadoh,esok pagi dah ok balik.. macam tu adik beradik,bak kata pepatah "air dicincang takkan putus".. kami pun lebih kurang macam peribahasa tu laa even lain mak ayah tapi kami ni dah macam adik beradik.. pagi2 p n balik class sekali then dok blok n aras yang sama.. semuanya buat sama2.. aku memang sayang gila2 kat depa ni.. depa la kawan aku,depa la adik beradik aku..


sweet tak kami..? heee

Friday, August 5, 2011

raMAdHAn BuLaN mULia

alhamdulillah.. pejam celik2x dh masuk 5hari kita posa.. sat ja kan rasa nak raya dah?? bila sebut pasai raya mula la pikiaq persiapan raya.. padahal posa pn tak penuh(ni girl punya masalah k)... time2  macam ni dah start dok pikiaq nak beli baju raya kaler apa.. paling best bila baju raya sedondon dengan BF.. kalau boleh time nak p beli baju tu nak p beli sekali.. kalau tak p beli sekali pun,mesti janji awai2 nak beli kaler apa.. situasi kat rumah plak,mak2 kita sibuk dok pujuk ayah nak tukaq perabut baru,langsir baru n kalau boleh nak tukaq rumah baru... semua ni mood nak raya punya pasai la.. hmmmm,,berbalik pada cerita posa.. tahun ni aku posa kat poli lagi.. dah 2x posa kt sini,memg BEST(tipu).. tahun ni poli da buat bazar ramadhan untuk student2.. even kecik tapi dapat sambutan diluar jangkaan(satu2nya ja bazar yang ada dalam poli).. bukan muslim saja yang ada tapi non-muslim pun join sekali.. yang peliknya,depa tu plak yang sakan dok beli(macam depa plak yang posa).. habis ja clas terus p bazar dengan roomate.. baratur panjang nak beli something tu, memang perlukan kesabaran.. seronok time tu tapi lagi seronok bila p lambat tapi boleh beli awai dari orang yang beratur.. memang kena sound kaw2 la.. tapi aku jenis buat muka innoncent ja.. dah tau salah sendiri tak kan nak sound balik kan?? nanti orang kata aku tak belajar sivik plak.. kadang2 aku p bazar dengan mr.Aliudin tapi tak best bila p dengan dia(kena larang bila nak beli macam2).. ada la 1hari tu,,tengah dok syok2 pilih bahan2 yong tau fu,tiba2 dapat mesej dari dia.. dia kata "beli ikut perut jangan ikut nafsu".. terus aku tersentap! aku tau dia bukan saja2 nak larang macam tu,mesti ada sebab kan(aku ni jenis suka makan tak habis,dia plak tukang habiskan).. lepas beli juadah,,kami terus p cafe tunggu time nk berbuka.. best sangat bila boleh berbuka sekali.. sebelum masuk waktu tu,,sempat la sembang2 n gado2 manja(hihihi,gedik kan).. lepas tu buat spotcheck 'henset kapel' kami..(saja nak bagi tau kami ada henset sama even henset mr.Aliudin dh buruk).. bila dah masuk waktu,mr.Aliudin yang baca doa berbuka then dia cepat2 minum alasan dahaga sangat(macam dia sorang ja yang posa).. after dah habis makan, dia mesti hantar aku balik blok(depan blok ja,jangan salah paham).. jalan sama2,merapu,lari2 then gelak2.. tu la aktiviti kami bila jumpa.. heeee,,sampai sini dulu cerita hari ni.. time tu go to bazar with mr.Aliudin.. hari ni berbuka dengan dia lagi.. jangan jeles k :)


pesanan dak tecik :) bulan Ramadhan bulan mulia so jgn tiru macam kami.. 

4 perkara yang perlu ingat
  • mr.Aliudin sayang & cinta cik.Sns
  • apa yang jadi mr.Aliudin still cinta cik.Sns
  • cinta mr.Aliudin hilang bila dia dah tutup mata
  • and the last is cik.Sns the only one in mr.Aliudin life

                                                                                                                                 create by : mr.Aliudin

thE BegiNning of mr.AAA/cikSNS



first keluaq tapi bukan first date




perkenalan singkat melalui FB.. even ada niat jahat pada mulanya tapi at last jadi someone yag special in my life.. saban hari berMESEJ & CALLING MALLING.. dari panggilan besa bertukaq manja2(gedik).. caring,understanding,loving buat kami makin dekat & rapat.. hati pun dah start dupdap2x.. niat asai pun dah terbang melayang entah p mana & terus terdelete dari memory akai(hebat sungguh penangan si mamat ni).. start dari situ aku dah sedar aku dah jatuh C.I.N.T.A.. _-AHMAD AFIF ALIUDIN-.. that's name.. mamat yang sangat2 bertanggungjawab atas semua yang jadi (ayat macam kena rogol ja).. gila dok pikiaq pasai dia.. & lagi gila bila dah jadi hak milik kekal dia.. apa2 pun,hope relation kami still sampai bila2.. alang2 dah sayang biaq sampai jadi..insyaALLAH